Monday 3 October 2011

Utama


       Saya menyediakan service/agen jualan rumah kepada anda yang tercari-cari rumah idaman.  Dalam keadaan peningkatan taraf hidupyang makin mencengkam poket kita keupayaan kita untuk mendapatkan rumah idaman semakin menipis.  Kita terpaksa mencongak kembali setakat mana kemampuan kita, adakah rumah Banglo,Semi-D,Double Story,Single Story,Kondo,Apartment,Pangsapuri atau lain-lain lagi.  Bukan saja kita mencongak untuk bayaran muka tetapi adakah kita mampu membayar ansuran bulanan sehingga selesai pinjaman kita.  Pilihlah mengikut kemampuan kita bukan untuk sementara waktu saja,akhirnya rumah idaman terpaksa di lelong.  
       Nasihat saya seterusnya lebih baik beli rumah second -hand kerana rumah sudah ada didepan mata, biarlah tinggi sedikit harganya dari rumah idaman menjadi rumah terbengkalai dan kita terpaksa menanggung ansuran serta sewa rumah yang kita duduki.  Namun bagi rumah second-hand jika kita tidak mahu menduduki kita boleh menyewakan rumah tersebut, dengan cara ini akan dapat menambahkan pendapatan kita.  Apapun pilihan ditangan anda, buatlah keputusan yang bijak demi anda dan keluarga anda....

No comments:

Post a Comment